Diancam Masuk Penjara, Niat Baik Pendakwah Kondang Ini Bangun Sekolah Islam untuk Suku Laut Terpaksa Dibatalkan
RIAU24.COM - PENDAKWAH Islam Ebit Lew tidak lagi dibenarkan untuk meneruskan misi bantuan kepada penduduk di pulau-pulau sekitar Lahad Datu, Sabah. Ebit yang sebelum ini telah membantu pengIslaman lebih 600 orang kaum Bajau Laut terancam dikenakan denda atau penjara jika meneruskan misi tersebut.
Pendakwah kondang negeri jiran Malaysia itu meminta maaf kepada penduduk di daerah tersebut dan menyampaikan terpaksa menangguhkan pembangunan sekolah atau pusat pendidikan masyarakat setempat yang ia rancang.
“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di pulau-pulau di Lahad Datu yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah. Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Lahad Datu. Minta diberhentikan bantuan disekitar sini.
“Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun,” kata Ebit dalam status terbarunya di Facebooknya.
Pendakwah tersebut telah membeli kayu dan bahan untuk pendirian tiga buah sekolah. Dia juga telah mengumpulkan tujuh orang guru untuk tujuan pendidikan dan mengajar agama kepada penduduk yang telah di Islamkan.
“Semangat mereka nak mendidik. Dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua. Tadi ramai menangis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri. Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua," tulisnya.
Ebit mengatakan selanjutnya dirinya akan terus ke Tawau dan meneruskan dakwahnya di sana. "Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” kata Ebit.
Ebit tidak menjelaskan mengapa ia dilarang pemerintah setempat untuk meneruskan pemberian bantuan kepada penduduk di pulau tersebut. Namun faktanya, larangan muncul setelah Ebit membantu mengIslamkan 600 orang suku Bajau Laut, kemarin. Menurut Ebit, suku Bajau Laut yang tinggal di atas air di kawasan lautan di negeri itu mayoritas tidak mempunyai agama.
Dia yang berada di Lahat Datu selama dua hari hadir untuk menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang didakwa tidak mempunyai negara itu selepas mendengar mereka memerlukan bekalan makanan.***